August 19, 2008

Makanan oh Makanan






Di sini ingin dikongsikan bersama beberapa keping gambar makanan, kuih muih yang saya cuba buat untuk mengisi masa-masa lapang yang ada. Nampak sedap tak? Hehehe....

August 6, 2008

Ucapan Terima Kasih


Di laman blog ini ingin saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada Cikgu Hjh.Masnah yang berkesudian membantu saya untuk membuka blog sendiri. Tanpa bantuan dan luangan masa yang telah diberikannya, mungkin hingga kini laman blog ini tidak akan wujud. Semoga Allah Taala sahaja yang dapat membalaskannya.
Terima Kasih .......

August 5, 2008

Buat Teman Sejatiku Nuriah Cheha




Idea untuk membuat blog ini terhasil khususnya bagi memudahkan sahabat karibku Nuriah yang berada di Narathiwat Thailand agar mudah untuk mengetahui perkembangan dan berita tentang diriku yang terkini begitu juga buat teman-teman yang mengenali diri ini secara umumnya. Terima kasih kerana berkesudian singgah melayari laman yang serba kekurangan ini.

August 4, 2008

Salam Perkenalan


Assalamualaikum....
Salam perkenalan diucapkan kepada semua teman-teman yang sudi melayari blog yang serba kekurangan ini.Terima kasih....Semoga ianya akan dapat sedikit sebanyak memberi manfaat dengan berkongsi pendapat, idea dan pengetahuan.