October 18, 2010

Kabulkanlah Doa Hamba Mu ini, Ya Alllah Ya Rabb....


Ku Tersimpuh di Sepertiga Malam,

Ku Bersimpuh di Hamparan Sajadah..

Mata ini terpejam,

seiring Heningnya Malam,

Jariku tergerak

Seiring bibir mengucap Takbir,Tahmid,Tasbih dan Tahlil..

Ku Angkat Sepuluh jari ini,

tanpa tersadar

Air Mata ini jatuh di wajah yang tengadah..

Bibir dan Hati,

Menyatu dalam berucap..

Berharap dengan Penuh Pengharapan..

Yaa Allah..

Yaa Rahman,

Yaa Rahim..

Ampunilah Dosa Hamba yang Hina,dina,Nista ini,

Yang Selalu Lalai dan Lupa

akan indah Nikmat-MU..

Yaa Allah..

Hamba memohon Petunjuk-MU,

Kalaulah bukan pada-MU,

kepada Siapa Hamba yang Hina,Dina,Nista ini Meminta..

Yaa Allah..

Umur ini telah mendewasakan Hamba,

Izinkanlah Hamba meminta Petunjuk Jodoh dari-MU..

Yaa Allah..

Anugerahi Hamba Seorang Muslim,

yang bisa menuntun beribadah kepada-MU..

Yaa Allah..

Anugerahi Hamba Seorang Muslim,

Yang Mengerti akan Hak-hak Isteri,dan berbakti kepada Isteri,

Kerana Hamba Sedar..

Kewajipan Suami akan Isteri,

Begitu Besar,untuk menjaga dan Mendidiknya..

Yaa Allah..

Anugerahi Hamba Seorang Muslim,

Yang Selalu menerima Hamba apa adanya,

Yang Selalu Ikhlas menerima Rezeki yang Engkau beri kepada Hamba,

Agar Hamba bisa ber Syukur atas Rezeki yang Engkau beri..

Yaa Allah..

Anugerahi Hamba Seorang Muslim,

Yang Selalu Tersenyum,menenangkan Hati,

Saat Bala' dan Musibah menghalangi Hamba dalam mencari Nafkah..

Yaa Allah..

Anugerahi Hamba Seorang Muslim,

Yang dapat Membawa Suasana Harmonis,

Agar Kami dapat merasakan Indahnya Baiti Jannati..

Yaa Allah..

Anugerahi Hamba Seorang Muslim,

Yang Selalu Setia menemani Hamba

Saat Menjadi Nahkoda,

Disaat Ombak Garang,dan Hebatnya Badai,

Agar Kami dapat merasakan Nikmatnya Sakinah,Mawaddah,dan Warahmah..

Yaa Allah..

Segala Puja dan Puji bagi-MU,

Engkaulah Dzat yang Maha dari Segala Maha..

Kabulkanlah Doa Hamba,

Bimbinglah Hamba ke Naungan Ridha-MU..

Tiada Tuhan Selain Engkau,

Dan Tiada yang Mustahil jika Engkau Berkehendak...

Amin..amin..

Yaa Rabbal'alamiin..

October 13, 2010

Apabila Kita....


pretty.greeting



APABILA semuanya serba tidak kena, dan kita tidak tahu apa lagi yang hendak dibuat, ingatlah… kita masih boleh bersandar kepada Dia Yang Maha mengasihi.
Apabila hidup diselubungi kegelapan, semuanya salah, carilah sinar itu dari Dia Yang Memberi Cahaya.
Apabila dibelenggu masalah sedangkan tiada sesiapa pun yang mahu mengambil kisah, ingatlah pada Dia yang tidak pernah melukakan hatimu. Dia Maha Adil.
Apabila hati terluka dan kesakitan itu menumbangkan kudratmu, jangan berputus asa kerana Dia Melihat segala-galanya.
Apabila lemah tidak bermaya sedangkan perjalanan masih jauh perlu diharungi, carilah kekuatan itu dari Yang Maha Perkasa.
Apabila hidup ini dirasakan seperti beban, segala-galanya goyah, bangunkan semula kota semangat itu dengan keyakinan bahawa itulah iradat-Nya.
Apabila jalan di depan digelapi mendung sedangkan tiada sesiapa si sisi sudi menemanimu, carilah jalan lurus itu dari Dia, yang menjadi satu-satunya panduan hidup.
Apabila semua orang di sekeliling tidak mahu mendengar suara dan keluhanmu, jangan kecewa kerana Dia Maha Mendengar.
Apabila miskin dan papa, kita terperangkap dalam kesempitan, ingatlah kepada Dia Yang Maha Kaya.
Apabila engkau dalam kedukaan sedangkan tiada tempat untuk melarikan diri, mengadulah kepada Dia Yang Satu.
Apabila keseorangan dan kedukaan itu seperti tiada penghujungnya, serahkan dirimu kepada Dia… satu-satunya tempat yang boleh digantungkan harapan.
Apabila rasa diri kosong, sunyi dan sepi, penuhilah dengan membaca al-Quran dan buatlah amalan-amalan yang mendekatkan diri kita pada-Nya.. sesungguhnya Hati akan tenang apabila mengingati-Nya..
Apabila menaruh harapan pada manusia, kelak kita akan kecewa, tapi sandarkanlah harapan pada Pencipta, Dia sahaja yang mengetahui apa yang terbaik untuk kita...
Dan apabila parut lukamu dicederakan lagi, hatimu dicakari kebimbangan, ingatlah bahawa Dia sentiasa bersama orang-orang yang sabar.

Pelajarilah Ilmu.....banyak Kebaikan


pretty.greeting



PELAJARILAH ILMU, KERANA....- Mempelajarinya kita akan takut kepada ALLAH- Menuntutnya adalah ibadah- Membincangkannya adalah bertasbih- Mencarinya adalah jihad- Mengajarkannya kepada orang yang tidak mengetahui adalah sedekah- Memberikannya kepada ahlinya adalah mendekatkan dirinya kepada ALLAHKERANA ILMULAH..~ Petunjuk daripada ALLAH antara halal & haram~ Menara kepada penghuni syurga~ Teman disaat kesunyian~ Rakan dimasa keseorangan~ Teman berbicara..,diwaktu Khulwa~ Petunjuk kepada yang membawa bahagia & membawa kecelakaan~ Senjata dalam menghadapi musuh~ Perhiasan disaat bersama teman-temanDENGAN MENGUASAI ILMU* ALLAH mengangkat tinggi kedudukan banyak kaum* ALLAH akan jadikan mereka pemimpin yang tegak* Jejak langkah mereka diikuti* Perbuatan mereka dicontohi dan* Pendapat mereka dijadikan pemutusKERANA ILMU..> Menghidupkan hati dari kejahilan> Lampu bagi penglihatan disaat kelamDENGAN ILMU...Hamba dapat mencapai kedudukan orang-orang terpilih yang mempunyai darjat yang tinggididunia & diakhirat
duhai wanita solehah...jangan bimbang akan jodohmu kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpauthanya kepada kecantikan/lirikan senyuman, pada bicara manja yang menggoda atau pada pujuk rayu seorang wanita yang meruntuhkan imannya.sesungguhnya lelaki itu adalah pemimpin kapada wanita..Andai belum sampai jodohmu,anggaplah bahawa lelaki yang kau nantikan sedang membina sahsiah kepimpinannya bagi memimpin dirimu,kerana pada wanita itu pasti ada kekurangannya dan lelaki yang benar-benar layak pasti akan hadir untuk melengkapkan kekuranganmu..insyaALLAH>>>
Bila kamu minta pada Allah dikurniakan kekuatan, Allah akan memberikan kamu ujian untuk mengajarmu erti kekuatan..Bila kamu minta pada Allah dikurniakan kesabaran, Allah akan memberikan kamu dugaan supaya kamu belajar erti kesabaran..dan begitu juga..Bila kamu minta pada Allah dikurniakan jodoh yang baik buat kamu, maka Allah terlebih dahulu akan menghantarkan orang yang salah dan situasi yang salah kepada kamu.. supaya kamu belajar mencintai dirimu terlebih dahulu sebelum kamu mencintai orang lain..orang yang tidak mencintai dirinya tidak akan mempu mencintai orang lain..Allah di mana-mana..segenap penjuru, segenap ruang, segenap tempat, dan di segenap perkara yang berlaku dalam hidup kamu..Setiap saat..Allah berbicara dengan kamu.. cuma tergantung kepada kamu samada kamu sedar atau tidak...........

Memang Allah Yang Menentukannya


prettygreeting



memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik. memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan Allah.memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat kasih sayang yg terbaik,khas untuk diri kitamemang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa Allah Maha Pemurah dan Penyayangkerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kitadan kehidupan kita pada masa depan... memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya. memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi manusia yg hebat jiwanya. memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa cinta yg terbaik hanya ada bersama Allah. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih mengenali kehidupan tak selamanya.

June 14, 2010

CINTA UNTUK DIKONGSI, SAYANG UNTUK DIRASAI

Glitter Graphics

Glitter Love Graphics



Ainul Raudhah

Cinta tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan, tetapi tidak pernah berdendam, tak pernah membalas dendam. Di mana ada cinta di situ ada kehidupan; manakala kebencian membawa kepada kemusnahan. Kata Mahatma Ghandi, Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat.

Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta. Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air mata tu menyapa air mata yang satu lagi, "Saya air mata seorang gadis yang mencintai seorang lelaki tetapi telah kehilangannya. Siapa kamu pula?". Jawab titis air mata kedua tu," Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yang mencintai saya berlalu begitu sahaja."

Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain, dan kamu masih mampu tersenyum, sambil berkata. saya turut bahagia untukmu. Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita. Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.

Perasaan cinta itu dimulai dari mata, sedangkan rasa suka dimulai dari telinga. Jadi jika kamu mahu berhenti menyukai seseorang, cukup dengan menutup telinga. Tapi apabila kamu cuba menutup matamu dari orang yang kamu cintai, cinta itu berubah menjadi titisan air mata dan terus tinggal dihatimu dalam jarak waktu yang cukup lama. Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati.

Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan. Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia, lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya. Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya. Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.

Jangan melarikan diri dari 'cinta' apabila ia berada di hadapan kamu. Jangan melarikan diri daripadanya kerana suatu hari nanti, kamu pasti akan teringatkannya kembali dan menyesali perbuatan kamu itu.

Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat. Kata Hamka, Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat. Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.

Seandainya kamu ingin mencintai atau memiliki hati seorang gadis, ibaratkanlah seperti menyunting sekuntum mawar merah. Kadangkala kamu mencium harum mawar tersebut tetapi kadangkala kamu terasa bisa duri mawar itu menusuk jari.
Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat bererti bagimu. Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi.Kamu tahu bahwa kamu sangat merindukan seseorang, ketika kamu memikirkannya hatimu hancur berkeping. Dan hanya dengan mendengar kata "Hai" darinya, dapat menyatukan kembali kepingan hati tersebut.

Kaum lelaki sering mempersoalkan kelemahan wanita kerana sering mengalirkan airmata. Tetapi, segagah-gagah dan perwiranya lelaki, sedarlah bahawa suatu hari nanti mereka juga akan mengalirkan airmata syahdu kerana satu perkara kecil iaitu kerana CINTA. Alangkah misterinya cinta seorang wanita yang dianggap lemah sehingga boleh mengalirkan airmata seorang wira! Aneh, tetapi itulah hakikatnya. Tuhan ciptakan 100 bahagian kasih sayang. 99 disimpan disisinya dan hanya 1 bahagian diturunkan ke dunia. Dengan kasih sayang yang satu bahagian itulah, makhluk saling berkasih sayang sehingga kuda mengangkat kakinya kerana takut anaknya terpijak.

Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna sesalan kerana perginya tanpa berpatah lagi. Jangan kerana cinta, kita gugur dari perjuangan, dan jangan kerana cinta juga, prinsip kita menjadi larut dan cair. Cinta tidak semestinya akan berakhir dengan perkahwinan dan perkahwinan juga tidak semestinya akan menoktahkan titik akhir kepada percintaan. Kesetiaan akan mengikat cinta, kecurangan akan meranapkan segala kemanisan cinta.

Sesebuah perkahwinan akan menjadi indah jika cinta terus bersama.Cinta sejati ialah kasih Tuhan kepada hambaNya. Kasih murni ialah kasih ibu bapa kepada anaknya. Kasih saudara masa berada. Kasih sahabat masa binasa. Kasih suami isteri sepenanggungan. Kasih orang menaruh harapan. Jangan mencintai seseorang seperti bunga, kerana bunga mati kala musim berganti. Cintailah mereka seperti sungai, kerana sungai mengalir selamanya. Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya.

Kisah silam tidak perlu diungkit lagi kiranya kamu benar menyintainya setulus hati. rasa percintaan lebih pahit dari hempedu. Teman percintaan ialah sayu dan pilu, namun demikian, dara dan teruna tetap berpusu-pusu terjerumus ke dalamnya kerana dianggap seperti lautan madu. Kata Raja Pedang Deir, hati-hati dengan cinta, kerana cinta juga dapat membuat orang sihat menjadi sakit, orang gemuk menjadi kurus, orang normal menjadi gila, orang kaya menjadi miskin, raja menjadi budak, jika cintanya itu disambut oleh para pecinta palsu.

Terdapat banyak bebintang di langit tetapi hanya satu sahaja yang begitu menyerlah sehingga dapat menarik perhatianmu. Dari kalangan yang kamu pilih untuk abaikan ialah sebutir bintang yang sanggup menyinari anda walau dimana sahaja kamu berada. Tak usah sebut pasal cinta jika kamu tidak sebenar-benarnya mengambil kisah. Tak usah bercakap tentang perasaan, jika ia tidak berada di hatimu.

Tak usahlah menunjuk ke dada, jika kamu berhasrat melukakan hati pasanganmu. Minat bukan bermaksud cinta, bangga bukan bererti cinta, kagum juga bukan bermaksud cinta, dan suka juga tidak serasi dengan cinta, malah sayang pun bukan cinta. Tetapi, cinta itu adalah cinta.