Tips Untuk Elak Disihir.
1. Baca Al-Fatihah
2) Membaca tiga surah terakhir atau 3 Qul setiap hari.
Ertinya : Baginda S.A.W telah berkata kepadaku :
"Bacalah Qul Huwa Allahu Ahad" (al-ikhlas) dan
(surah an-Nas) dan (surah al-falaq) sebanyak 3 kali
ketika pagi dan petang, ia mampu mencukupkan
kamu dari segala sesuatu.( At-Tirmidzi, Bab Doa yang disebut Ketika Ingin Tidur, no 3570 ; Sunan Abu Daud,
Bab Apa Yang Dibaca Ketika Subuh, no 5072
( Nuzhatul Muttaqin, no 1457 , 2/229 ) At-Tirmidzi :
Hasan Sohih, An-Nawawi : Sohih.
3) Ayat al-Kursi selepas solat ( iaitu surah Al-Baqarah
ayat 255) Ertinya : "Sesiapa yang membaca ayat
Kursi setiap kali selepas solat, maka tiada siapa yang
dapat menghalangnya dari memasuki
syurga" (Riwayat an-Nasaie dan at-Tabrani dengan
sanad salah satu antaranya Sohih. Antara yang mengatakan hadith ini sebagai SOHIH adalah Ibn
Hibban, Abul Hasan (guru Ibn Munzir), Az-Zahabi, Ibn
Hajar, Al-Qaradawi (Rujuk Al-Muntaqa min at-Targhib
wa at-Tarhib lil Munziri, Bab Zikir Selepas Solat
Fardhu, no 890, 1/426)
4) Membaca doa ini dengan setiap hari iaitu 3 kali :
"Bismillahillazi La Yadhurru Ma'asmihi Syai un Fil Ardi
Wala Fisamaie, wa huwas Sami'ul Alim". Ertinya :
Rasulullah S.A.W bersabda : ((Tiada seorang hamba
pun yang berkata setiap pagi dan petangnya :
"Dengan nama Allah yang tiada siapa mampu memudaratkan dengan namaNya samada di dunia
mahupun di langit, dan Dialah maha mendengar lagi
maha mengetahui" sebanyak 3 kali, kecuali tiada apa
yang mampu memudaratkannya) ) (Sohih Muslim, no
2731 (Nuzhatul Muttaqin, no 1413, 2/207)
5) Membaca dua ayat terakhir dari surah al-Baqarah
pada waktu malam. Ertinya : "Barangsiapa membaca
2 ayat terakhir ( ayat no 285 dan 286 ) dari surah al-
Baqarah dalam satu malam, maka 2 ayat itu telah
pun mencukupi baginya"(Al- Bukhari & Muslim)
6) Membaca zikir : "La ilaha illah wahdahu la
syarikalah, lahul mulku walahul hamdu yuhyi wa
yumit wahuwa ala kulli syai'in Qodir " ( sepuluh kali )
Ertinya : Bersabdalah Nabi S.A.W : Barangsiapa
menyebut : " Tiada Tuhan melainkan Allah Yang Esa,
tiada sekutu bagiNya, bagiNya segala kerajaan dan bagiNya kepujian, yang menghidupkan dan yang
mematikan, dan Dia maha berkuasa atas segala
sesuatu"sebanyak 100 kali selepas solat Maghrib,
nescaya Allah akan membangkitkan ia (di hari
qiamat) dengan senjata yang mampu melindunginya
dari Syaitan sehinggalah pagi esoknya, dan dituliskan baginya sepuluh kebaikan seperti pahala
menunaikan perkara wajib, dan dipadamkan darinya
sepuluh kejahatan seperti dosa-dosa besar.” (Sunan
At-Tirmidzi, Bab Doa nabi SAW , no 3534 , hlm 802 ;
At-Tirmidzi : Hasan Ghorib , Al-Albani : Hasan)
7) Membaca : " A'uzubillah bikalimatillah at-Tammati
min syarrima Khalaq" Ertinya : Adapun jika engkau
menyebut tatkala kamu berpetang-petang : (( Aku
berlindung dengan kalimah Allah yang maha
sempurna dari segala kejahatan makhluk)) , nescaya
tiada sesuatu apa akan memudaratkanmu. ( Riwayat Muslim Rujuk Al-Muntaqa min at-Targhib wa at-Tarhib
lil Munziri, Bab Zikir Yang Disebut Ketika Subuh, no
336, 1/225 )