July 5, 2012

Ahmad Deedat, Pendebat Islam Tiada Tandingan Abad Ini



Tatapi biografi seorang pendebat Islam terkenal dan tiada tandingan abad ini iaitu Ahmad Deedat.

Ahmad Deedat dilahirkan di Surat, India, pada tahun 1918. Beliau tidak dapat kekal bersama dengan ayahnya sehingga tahun 1926. Ayahnya adalah seorang penjahit, akibat dari profesionnya itu telah berhijrah ke Afrika Selatan tidak lama setelah kelahiran Ahmad Deedat.

Tanpa pendidikan formal dan untuk menghindari dari kemiskinan yang amat larat, Ahmad Deedat telah pergi ke Afrika Selatan untuk mendapatkan kehidupan yang lebih baik bersama ayahnya pada tahun 1927. Perpisahan Deedat dengan ibunya pada tahun kepergiannya ke Afrika Selatan untuk menyusul ayahnya itu adalah saat terakhir ia bertemu ibunya dalam hidupnya kerana ibunya telah meninggal dunia beberapa bulan kemudian (dari tarikh penghijrahan Deedat bersama ayahnya ke Afrika Selatan).

Di negeri yang asing, seorang anak lelaki kecil berusia 9 tahun tanpa berbekal pendidikan formal dan penguasaan bahasa Inggeris telah mula menyiapkan peran yang harus dimainkannya berpuluh-puluh tahun kemudian tanpa disedarinya.

Dengan ketekunannya dalam belajar, anak lelaki kecil tersebut tidak hanya dapat mengatasi hambatan bahasa asing, tetapi juga unggul di sekolahnya. Kegemaran dan hobi Deedat dalam membaca telah menolongnya untuk memudahkan dirinya mendapatkan promosi pendidikan sehingga beliau tamat pendidikan pada darjah 6. Kekurangnya pembiayaan pelajaran menyebabkan sekolahnya tertunda dan di awal usia 16 tahun untuk pertama kalinya ia bekerja dalam bidang retail.

Yang terpenting sekali adalah pada tahun 1936, sewaktu beliau bekerja di kedai / toko Muslim berdekatan sebuah sekolah menengah Kristian di pantai selatan Natal. Penghinaan yang tidak henti-henti dari siswa Misionaris menantang Islam selama kunjungan mereka ke toko Muslim telah menanamkan keinginan beliau yang membara untuk melakukan aksi menghentikan propaganda Kristian yang salah itu.



Mempelajari Kitab Bible

Ahmad Deedat telah berjaya menemukan sebuah buku berjudul Izharul-Haq yang bererti mengungkapkan kebenaran. Buku ini berisi teknik-teknik dan keberhasilan usaha-usaha umat Islam di India yang sangat besar dalam membalas gangguan Misionaris Kristian selama penaklukan Inggeris dan pemerintahan India. Secara khusus, idea untuk menangani debat telah berpengaruh besar dalam jiwa dan diri beliau. Beliau juga turut menghafaz Al-Quran sehinggakan beliau digelar Al-Hafiz.

Beberapa minggu setelah itu, Ahmad Deedat membeli Injil pertamanya dan mula melakukan debat dan diskusi dengan siswa-siswa misionaris. Ketika siswa misionaris tersebut mundur dalam menghadapi argumen balik Ahmad Deedat, secara peribadi telah memanggil guru teologi Kristian kepada siswa-siswa misionaris untuk berdebat bersamanya, bahkan pendeta-pendeta Kristian di daerah tersebut juga turut diajak berdebat bersama Deedat.



Dakwahnya

Keberhasilan-keberhasilan ini telah memacu Ahmad Deedat untuk berdakwah. Bahkan perkahwinan, kelahiran anak dan persinggahan sebentar selama tiga tahun ke Pakistan sesudah kemerdekaannya tidak mengurangi keinginannya untuk membela Islam dari penyimpangan-penyimpangan yang memperdayakan hasil dari para misionaris Kristian yang tidak bertanggungjawab.

Dengan semangat misionaris untuk menyebarkan agama Islam, Ahmad Deedat telah membenamkan dirinya pada sekumpulan kegiatan lebih dari tiga dekad yang akan datang. Beliau memimpin kelas bagi matapelajaran Injil dan memberi sejumlah kuliah ilmu. Beliau mendirikan As-Salaam, sebuah institut untuk melatih para pendakwah Islam. Ahmad Deedat, bersama-sama dengan keluarganya, hampir seorang diri mendirikan bangunan-bangunan termasuk masjid yang masih dikenali sehingga saat ini.

Ahmad Deedat adalah anggota paling awal yang menganggotai Islamic Propagation Centre International (IPCI) dan menjadi Presidennya, sebuah posisi yang dipegangnya sampai tahun 1996. Ia menerbitkan lebih dari 20 buku dan menyebarkan berjuta-juta salinan secara percuma. Ahmad Deedat mengirim beribu-ribu materi kuliah ke seluruh dunia dan mendebat dengan pengabar-pengabar Injil pada debat umum. Beribu orang telah memeluk Islam atas rahmat Allah serta hasil usahanya yang tidak pernah mengenal erti penat lelah.

Antara perdebatan beliau yang hebat ialah perdebatan dengan Paderi Josh McDowell bertajuk ‘Benarkah Nabi Isa disalib? dan paderi Jimmy Swaggart bertajuk ‘Adakah Injil kalam Allah?’.

Karya-karyanya

Antara karya beliau yang masyhur ialah seperti ‘The Choice Between Islam and Christianity’, ‘Is the Bible God Word?’, ‘What is His Name?’ dan ‘al-Quran, The Miracles of Miracles’.

Penghargaan

Sebagai penghargaan yang tertinggi untuk prestasinya yang bersejarah itu, beliau telah dianugerahkan penghargaaan antarabangsa dari Raja Faisal pada tahun 1986. Penghargaan bergengsi yang sangat berharga dalam dunia Islam.

Akhir Hayat

Sisa sembilan tahun usia hidupnya, Ahmad Deedat hanya boleh berbaring di tempat tidurnya di Verulam, Afrika Selatan. Dan akhirnya pada 8 Ogos 2005, beliau telah menghembuskan nafasnya yang terakhir setelah menderita sakit dan kelumpuhan hampir 10 tahun lamanya akibat terserang strok di rumahnya di Trevennen Road di Verulam, provinsi KwaZulu-Natal, Durban.

Ribuan orang dari seluruh Afrika Selatan menghantar jenazah beliau ke tempat peristirehatan terakhirnya. Keranda yang membawa tokoh cendiakawan muslim ini ditutupi kain berwarna hijau dan diusung dari tempat kediamannya di Verulam, Afrika Selatan untuk disolatkan di Masjid Wick Street. Solat jenazah itu diikuti oleh sekitar 1000 orang jemaah dipimpin oleh ulama terkemuka asal Zambia Mufti Ismail Menk. Setelah itu jasadnya dimakamkan di pemakaman umum Islam di Verulam.

Beliau dikenal sebagai pejuang dakwah. Kiprahnya dalam dakwah berhasil meningkatkan status warga muslim di Afrika Selatan, namanya dikenal juga dikenal oleh komuniti muslim di
Asia.

Moga Allah menempatkan beliau di kalangan para nabi, orang-orang soleh dan syuhada.



Amin Ya Rabbal'alamin.

Dipetik dari:


















May 21, 2012

Istighfar Rejab



Kita telah dilahirkan di dunia ciptaan Allah yang serba indah ini sebagai hambaNya. Akan tetapi, adakah kita melakukan tugas dan amanah yang telah diberikan oleh Allah S.W.T kepada kita sebagai seorang hamba? Astaghfirullah. Kita perlu sering fikir dan risau tentang ibadah-ibadah dan amalan yang kita lakukan kepada Allah semakin hari semakin berkurangan. Kita telah banyak melakukan dosa-dosa di atas muka bumi ciptaan Allah ini. Tidak kira ianya Dosa Besar ataupun Dosa Kecil. Kita tetap berdosa. Oleh itu, kita perlu sentiasa beristighfar dan bertaubat kepada Allah S.W.T. dengan harapan agar Allah mengampunkan dosa-dosa yang telah kita lakukan selama ini. InsyaAllah.

Dalam Islam, Allah telah memuliakan empat bulan dalam satu tahun. Tiga bulan berdekatan dan satu bulan berasingan. Bulan-bulan yang dimaksudkan itu ialah bulan Muharram, Rejab, Zul Qa'idah, dan bulan Zulhijjah.


Allah telah memberikan kita pelbagai cara untuk kita beristighfar dan bertaubat atas segala kesalahan, kesilapan dan dosa-dosa tidak kira dosa besar mahupun dosa kecil yang telah kita lakukan sepanjang hayat kita di dunia ini. Di dalam bulan Rejab yang mulia ini, terdapat satu Doa Istighfar Bulan Rejab yang boleh kita amalkan untuk bertaubat atas segala kesalah yang telah kita lakukan.



Doa ini sebaik-baiknya dijadikan amalan dalam kehidupan seharian kita atau sekurang-kurangnya sentiasa diamalkan secara Istiqamah di dalam bulan Rejab ini.

Panduan dalam mengamalkan:
- Sebaik-baiknya dijadikan wirid, amalan seharian atau amalan dalam bulan Rejab.
- Amalkan secara Istiqamah dan dengan penuh keikhlasan.
- 'Rabbighfirli warhamni watub'alaiya' yang terdapat di dalam kotak di bahagian atas dibaca sebanyak 70 kali.
- Mulai 'Astaghfirullaha min taksiiri fiima 'alaiya lillah' hingga doa yang bermula dari 'Faghfirli' hendaklah dibaca sebanyak 7 kali.
- Kemudian, teruskan dengan doa yang terdapat dalam petak di bawah sekali keratan gambar di atas.

Semoga doa ini dapat diamalkan oleh para pembaca sekalian seterusnya disebarkan kepada mereka yang tidak tahu mengenai doa ini. InsyaAllah.

Dipetik dari:
http://islamwaysite.blogspot.com/2010/06/doa-istighfar-bulan-rejab.html



May 8, 2012

Telinga Berdesing


Isyarat Dan Alamat Ghaib Telinga BERDESING....


"Barangsiapa berdesing telinganya hendaklah ia mengingati aku dan berselawatlah kepada aku.Selepas itu hendaklah ia berzikir dengan zikir ZAKARALLAHU MAN ZAKARNI BI KHAIR."



Kejadian telinga berdesing,merupakan salah satu kejadian atau isyarat ghaib yang Allah sahaja mengetahui rahsianya. Namun Allah juga akan fahamkan maksudnya kepada sesiapa yang dikehendaki.



Firman Allah: ".....Allah tidak sekali-kali akan memperlihatkan (menceritakan) kepada kamu (rahsia) perkara -perkara ghaib,akan tetapi Allah memilih dari Rasul-Nya,sesiapa yang dikehendaki-Nya (untuk memperlihatkan kepadanya perkara-perkara ghaib). Oleh itu berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-rasul-Nya ; dan kamu beriman dan bertaqwa, maka kamu akan beroleh pahala yang besar." (Ali Imran, 3: 179)



Firman Allah: "Sesungguhnya yang ghaib itu kepunyaan Allah, sebab itu tunggu (sajalah) olehmu......" (Yunus, 10; 20)



Selanjutnya ,dijelaskan di bawah ini maksud dan rahsia di sebalik telinga berdesing mengikut pengalaman orang tua-tua yang sentiasa mengamati dan mengelaminya.





TELINGA SEBELAH KANAN BERDESING


Pada antara jam 06 - 07 pagi hari: Bermakna akan mendapat khabar buruk.
Antara jam 07 - 08 pagi hari: Bermakna akan difitnahkan dan diumpat oleh seseorang.
Antara jam 08 - 09 pagi hari: Bermakna akan berencana pergi jauh dan entah itu sendiri atau bersama orang lain.
Antara jam 09 - 10 pagi har: Bermakna akan ada berita yang kurang menyenangkan tentang keluarga.
Antara jam 10 - 11 pagi hari: Bermakna akan ada penghalang dari rencana perjalanan anda sebaiknya ditunda atau dibatalkan dahulu.
Antara jam 11 - 12 siang hari: Bermakna akan ada khabar yang kurang baik yang datangnya bersamaan dengan surat yang akan diterima dalam waktu terdekat.
Antara jam 12 - 13 siang hari: Bermakna akan ada saudara jauh yang datang dengan membawa cerita dan kenangan lama.
Antara jam 13 - 14 siang hari: Bermakna akan ada ajakan makan atau jemputan kenduri dan lain-lain majlis.
Antara jam 14 - 15 petang hari: Bermakna akan ada sesuatu yang membahayakan anda dalam waktu terdekat.
Antara jam 15 - 16 petang hari: Bermakna akan ada berita dari keluarga yang belum tahu menyenangkan atau menyedihkan.
Antara jam 16 - 17 petang hari: Bermakna akan ada perjalanan jauh yang akan anda lakukan dalam waktu terdekat.
Antara jam 17 - 18 petang hari: Bermakna anda sedang menjadi pembicaraan kepada banyak orang.
Antara jam 18 - 19 malam hari: Bermakna akan ada sesuatu yang berharga pergi meninggalkan anda.
Antara jam 19 - 20 malam hari: Bermakna akan mendapat berita buruk dari kalangan sendiri.
Antara jam 20 - 21 malam hari: Bermakna akan ada keberuntungan yang besar untuk anda.
Antara jam 21 - 22 malam hari: Bermakna akan ada yang mengancam anda.
Antara jam 22- 23 malam hari: Bermakna akan ada berita yang baik datang kepada anda.
Antara jam 23 - 24 malam hari: Bermakna akan ada seseorang yang jatuh cinta kepada anda.
Antara jam 24 - 01 pagi hari: Bermakna akan ada sesuatu wejangan yang diberikan oleh oang tua.
Antara jam 01 - 02 pagi hari: Bermakna akan ada perselisihan antara kerabat sendiri.
Antara jam 02 - 03 pagi hari: Bermakna segala perjalanan yang anda kerjakan akan selamat sampai tujuan.
Antara jam 03 - 04 pagi hari: Bermakna akan ada sesuatu berharga yang hilang.
Antara jam 04 - 05 pagi hari: Bermakna akan ada sesuatu yang merugikan, jika anda seorang pekerja anda akan diberi peringatan dari majikan.
Antara jam 05 - 06 pagi hari: Bermakna akan ada gangguan dari orang, mungkin akan menyusahkan anda.



TELINGA SEBELAH KIRI BERESING


Antara jam 06 - 07 pagi hari: Bermakna akan ada tamu yang mengutungkan dalam waktu terdekat.
Antara jam 07 - 08 pagi hari: Bermakna akan melakukan perjalanan jauh dalam waktu terdekat.
Antara jam 08 - 09 pagi hari: Bermakna akan kedatangan keurga terdekat.
Antara jam 10 - 11 pagi hari: Bermakna akan selamat dalam perjalanan akan datang.
Antara jam 11 - 12 pagi hari: Bermakna akan kedatangan keluarga dari seberang lautan (jauh).
Antara jam 12 - 13 siang: Bermakna akan terserang penyakit dalam waktu terdekat.
Antara jam 14 - 15 siang: Bermakna akan kedatangan tamu.
Antara jam 15 - 16 petang: Bermakna akan bepergian jauh kerana urusan penting.
Antara jam 17 - 18 petang: Bermakna dalam waktu terdekat akan mendapat keuntungan besar dalam usaha yang diusahakan atau akan naik pangkat bagi pekerjaan.
Antara jam 19 - 20 malam: Bermakna akan menerima penyataan cinta dari seseorang dalam waktu dekat ini.
Antara jam 21 - 22 malam: Bermakna akan menerima undangan perkahwinan dalam waktu terdekat.
Antara jam 22 - 23 malam: Bermakna akan kedatangan pencuri.
Antara jam 23 - 24 malam: Bermakna akan menghadapi masalah atau penghalang dalam mengurus perkara yang sedang dihadapi.
Antara jam 00 - 01 pagi hari: Bermakna semua cita-cita akan direncanakan akan segera tercapai.
Antara jam 01 - 02 pagi hari: Bermakna akan menerima kabar gembira.
Antara jam 02 - 03 pagi hari: Bermakna akan ada dan berlaku persengketaan dalam keluarga.
Antara jam 04 - 05 pagi hari: Bermakna anda akan mendapat usaha pekerjaan baru.
Antara jam 05 - 06 pagi hari: Bermakna akan ada kesepakatan dan penyelesaian dalam setiap persoalan yang dihadapi.

Pelbagai lagi alamat dan isyarat ghaib yang terjadi di dalam dan di luar diri manusia. Percayalah bahawa ini semua kebenaran yang sedang terungkai.....

Telinga Berdengung



TELINGA BERDENGUNG









Setiap orang pasti mengalami telinga berdengung, namun jarang orang yang mengetahui maknanya. Hanya saja, bagi kita sebagai orang mukmin, jika kita mengalami telinga tiba-tiba berbunyi kita mengucapkan shalawat seperti : Allaahumma shalli 'alaa sayyidinaa Muhammad wa'alaa aali sayyidinaa Muhammad.

Tanda-tanda telinga berbunyi nging-nging atau berdengung :

Jika berbunyi kuping kiri antara jam 6 sore sampai jam 8 malam, alamat ada orang yang akan memanggil anda ;
Jika kuping kanan anda berdengung antara jam 6 sore sampai jam 8 malam, alamat anda akan kedatangan tamu;

Jika kuping anda yang kiri berdengung antara jam 8 ba'da isya sampai jam 10 malam, alamat anda akan mendapat kabar yang menyenangkan;
Jika berdengung kuping kanan anda antara jam 8 ba'da isya sampai jam 10 malam, alamat anda akan diundang ke tempat keramaian;
Jika kuping kanan anda berdengung diantara jam 10 sampai 12 malam, alamat anda akan kehilangan uang. Oleh karena itu anda harus hati-hati dan untuk ini anda harus sabar jika sampai terjadi;
Jika kuping kiri anda berdengung diantara jam 12 malam sampai jam 2 tengah malam, alamat anda akan berselisih atau ribut mulut dengan seseorang. Namun anda musti sabar dan tabah;
Jika kuping kanan anda berdengung diantara jam 12 malam sampai jam 2 tengah malam, alamat anda akan terlibat suatu perkara;
Jika kuping kiri anda berdengung diantara jam 2 malam sampai jam 4 pagi, ini menandakan suatu alamat buruk bagi anda, anda akan kehilangan uang dicopet atau dicuri orang;
Jika kuping kanan anda berdengung diantara jam 2 malam sampai jam 4 pagi, ini juga menandakan suatu alamat yang tidak baik yang akan menimpa diri anda;
Jika kuping kiri anda berdengung di antara jam 4 sampai 6 pagi, alamat anda akan menghadiri perjamuan;
Jika kuping kanan anda berdengung diantara jam 4 sampai jam 6 pagi, alamat anda akan kedatangan tamu;
Jika kuping anda yang kiri berdengung di antara jam 6 pagi sampai jam 8 siang, alamat anda akan bepergian yang jauh keluar kota atau keluar negeri;
Namun jika kuping kanan anda yang berdengung, alamat anda akan kedatangan tamu;
Jika kuping kiri anda berdengung diantara jam 8 sampai jam 10 siang alamat anda akan terlibat di dalam suatu urusan;
Jika kuping kanan anda berbunyi diantara jam 8 pagi sampai jam 10 siang, alamat anda akan mendapat rizki;
Jika kuping anda yang kiri berdengung diantara jam 10 sampai jam 12 siang, alamat anda akan mendapat sakit;
Jika kuping anda yang kiri berdengung diantara jam 10 sampai jam 12 siang alamat anda akan menerima surat dari lain tempat;
Jika kuping anda kanan yang berdengung diantara jam 10 sampai 12 siang alamat anda akan sakit,
Jika kuping anda yang kiri berdengung di antara jam 12 sampai jam 2 siang alamat anda akan mendapat makanan;
Jika kuping kanan anda berdengung di antara jam 12 sampai jam 2 malam alamat family anda akan datang.

April 20, 2012

Tips Untuk Elak Disihir

Tips Untuk Elak Disihir.

1. Baca Al-Fatihah

2) Membaca tiga surah terakhir atau 3 Qul setiap hari.
Ertinya : Baginda S.A.W telah berkata kepadaku :
"Bacalah Qul Huwa Allahu Ahad" (al-ikhlas) dan
(surah an-Nas) dan (surah al-falaq) sebanyak 3 kali
ketika pagi dan petang, ia mampu mencukupkan
kamu dari segala sesuatu.( At-Tirmidzi, Bab Doa yang disebut Ketika Ingin Tidur, no 3570 ; Sunan Abu Daud,
Bab Apa Yang Dibaca Ketika Subuh, no 5072
( Nuzhatul Muttaqin, no 1457 , 2/229 ) At-Tirmidzi :
Hasan Sohih, An-Nawawi : Sohih.

3) Ayat al-Kursi selepas solat ( iaitu surah Al-Baqarah
ayat 255) Ertinya : "Sesiapa yang membaca ayat
Kursi setiap kali selepas solat, maka tiada siapa yang
dapat menghalangnya dari memasuki
syurga" (Riwayat an-Nasaie dan at-Tabrani dengan
sanad salah satu antaranya Sohih. Antara yang mengatakan hadith ini sebagai SOHIH adalah Ibn
Hibban, Abul Hasan (guru Ibn Munzir), Az-Zahabi, Ibn
Hajar, Al-Qaradawi (Rujuk Al-Muntaqa min at-Targhib
wa at-Tarhib lil Munziri, Bab Zikir Selepas Solat
Fardhu, no 890, 1/426)

4) Membaca doa ini dengan setiap hari iaitu 3 kali :
"Bismillahillazi La Yadhurru Ma'asmihi Syai un Fil Ardi
Wala Fisamaie, wa huwas Sami'ul Alim". Ertinya :
Rasulullah S.A.W bersabda : ((Tiada seorang hamba
pun yang berkata setiap pagi dan petangnya :
"Dengan nama Allah yang tiada siapa mampu memudaratkan dengan namaNya samada di dunia
mahupun di langit, dan Dialah maha mendengar lagi
maha mengetahui" sebanyak 3 kali, kecuali tiada apa
yang mampu memudaratkannya) ) (Sohih Muslim, no
2731 (Nuzhatul Muttaqin, no 1413, 2/207)

5) Membaca dua ayat terakhir dari surah al-Baqarah
pada waktu malam. Ertinya : "Barangsiapa membaca
2 ayat terakhir ( ayat no 285 dan 286 ) dari surah al-
Baqarah dalam satu malam, maka 2 ayat itu telah
pun mencukupi baginya"(Al- Bukhari & Muslim)

6) Membaca zikir : "La ilaha illah wahdahu la
syarikalah, lahul mulku walahul hamdu yuhyi wa
yumit wahuwa ala kulli syai'in Qodir " ( sepuluh kali )
Ertinya : Bersabdalah Nabi S.A.W : Barangsiapa
menyebut : " Tiada Tuhan melainkan Allah Yang Esa,
tiada sekutu bagiNya, bagiNya segala kerajaan dan bagiNya kepujian, yang menghidupkan dan yang
mematikan, dan Dia maha berkuasa atas segala
sesuatu"sebanyak 100 kali selepas solat Maghrib,
nescaya Allah akan membangkitkan ia (di hari
qiamat) dengan senjata yang mampu melindunginya
dari Syaitan sehinggalah pagi esoknya, dan dituliskan baginya sepuluh kebaikan seperti pahala
menunaikan perkara wajib, dan dipadamkan darinya
sepuluh kejahatan seperti dosa-dosa besar.” (Sunan
At-Tirmidzi, Bab Doa nabi SAW , no 3534 , hlm 802 ;
At-Tirmidzi : Hasan Ghorib , Al-Albani : Hasan)

7) Membaca : " A'uzubillah bikalimatillah at-Tammati
min syarrima Khalaq" Ertinya : Adapun jika engkau
menyebut tatkala kamu berpetang-petang : (( Aku
berlindung dengan kalimah Allah yang maha
sempurna dari segala kejahatan makhluk)) , nescaya
tiada sesuatu apa akan memudaratkanmu. ( Riwayat Muslim Rujuk Al-Muntaqa min at-Targhib wa at-Tarhib
lil Munziri, Bab Zikir Yang Disebut Ketika Subuh, no
336, 1/225 )

April 19, 2012

Tiada Jodoh Bukan Kehendak Kita

~ Tiada jodoh bukan kehendak kita ~


Artikel ini dipetik dari blog rakan sejak beberapa tahun yang lalu. Saya sudah lupa dari mana ia diperolehi. Namun saya ingin kongsikan artikel ini untuk kita sama-sama mengambil iktibar.

Bacalah nasihat Mok Wan ni. Renungkanlah Sedalam-dalamnya. Tiada jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya singkat.

Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa² kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu dalam doa² lewat solat. Allah mendengar. Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat.

Biar lambat jodoh asalkan mendapat ‘Right Person’ dan biar seorang diri daripada menjadi mangsa lelaki/perempuan yang tidak beriman kemudian nanti. Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar² mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga datang bersama masalah.

Kita selalu melihat orang memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil pula org yang memandu kereta mewah (walaupun sebenarnya tak mewah) terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di tengah² bandar raya.

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar² membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda, pasti ada baik buruknya. Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama, sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat disamping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia menjadi sebaliknya bila ramai orang yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.

Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing² padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup untuk bergelar suami atau isteri tidak usah berkahwin dulu.

Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah dulu.

Jika rasa² belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah anak², carilah dulu kesabaran itu.

Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar² mengerti tuntutannya.

Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus² bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan – bagi yang mengetahui rahsia²nya. Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan.

Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong²nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. “

April 13, 2012

Bahaya Fitnah




Penyebaran fitnah mudah berlaku dalam era teknologi komunikasi moden sekarang. Kemudahan khidmat pesanan ringkas (SMS), laman web dan emel membolehkan penyebaran maklumat tanpa memerlukan bertemu secara berdepan, lebih mudah, cepat, meluas dan murah. Teknologi yang sepatutnya digunakan untuk kebaikan disalahgunakan untuk menyebarkan fitnah. Penyebaran fitnah melalui SMS yang berleluasa memaksa kerajaan menetapkan peraturan semua pemilik kad prabayar didaftarkan.

Islam mempunyai kaedah lebih ketat bagi memastikan kebenaran sesuatu berita supaya tidak terperangkap dengan berita berunsur fitnah. Wajib bagi Muslim menghalusi setiap berita diterima supaya tidak terbabit dalam kancah berita berunsur fitnah. Sebarang berita diterima perlu dipastikan kesahihannya. Kebijaksanaan dan kewarasan fikiran amat penting digunakan bagi memastikan tidak terpedaya dengan berita berunsur fitnah.

Firman Allah bermaksud: “Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6)

Banyak pihak yang turut terbabit menyebar fitnah sebenarnya tidak mempunyai sebarang kepentingan berkaitannya. Tetapi, disebabkan amalan menyebar fitnah sudah menjadi kebiasaan, banyak yang turut menyertainya dan seperti mendapat kepuasan daripada perbuatan itu. Fitnah biasanya disebarkan bertujuan memburukkan individu atau kumpulan. Pada masa sama, perbuatan itu dapat menonjolkan dirinya sebagai lebih baik dan lebih layak berbanding orang yang diburukkan itu.




Dosa membuat fitnah digolongkan sebagai dosa sesama manusia. Justeru, dosa itu tidak akan diampunkan Allah, melainkan orang yang difitnah itu memberi keampunan terhadap perbuatan itu. Mungkin ramai menyangka perbuatan menyebarkan berita fitnah sekadar satu kesalahan kecil. Sebab itu, perbuatan seumpamanya dilakukan seperti tiada apa merugikan.

Hakikatnya, dosa membuat fitnah menjauhkan diri dari syurga. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim). Dosa menyebar fitnah umpama api membakar ranting kering kerana ia cepat merebak dan akan menjadi abu sepenuhnya. Dosa menyebar fitnah menyebabkan pahala terdahulu dihilangkan sehinggakan penyebar fitnah akan menjadi muflis di akhirat nanti.

Penyebar khabar angin biasanya menyebut perkataan ‘dengar khabar’ mengenai berita yang disebarkan. Bagaimanapun, apabila berita tersebar daripada seorang ke seorang, maklumat yang belum sahih itu sudah hilang dan kemudian disebarkan seperti berita benar. Dalam Islam, sesuatu berita benar tetap tidak boleh disebarkan jika orang yang berkaitan cerita itu tidak mahu ia disebarkan kepada orang lain. Menyebarkan berita benar tetap dilarang, inikan pula menyebarkan berita tidak benar.

Imam Ghazali dalam buku Ihya Ulumuddin menjelaskan perbuatan membocorkan rahsia orang lain dan menjejaskan kehormatannya dengan cara membuka rahsianya yang tidak mahu diketahui orang lain dianggap sebagai perbuatan mengadu-domba dan fitnah. Mengenai berita benar dan berita tidak benar yang disebarkan tanpa kebenaran atau kerelaan orang berkaitan, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Adakah kamu semua mengetahui apakah ghibah (mengumpat)? Sahabat menjawab: Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui. Lalu Baginda meneruskan sabdanya: Kamu berkata mengenai saudara kamu perkara yang tidak disenanginya. Lalu ditanya oleh seorang sahabat: Walaupun saya berkata perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya?’ Rasulullah bersabda lanjut: “Jika kamu berkata mengenai perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya bererti kamu mengumpatnya, jika perkara yang tidak berlaku pada dirinya bererti kamu memfitnahnya.” (Hadis riwayat Abu Hurairah)

Larangan mencari dan membocorkan rahsia orang lain jelas dilarang Allah seperti dijelaskan dalam firman-Nya bermaksud: “Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang lain.” (Surah al-Hujurat, ayat 12). Justeru, setiap Muslim perlu bijak menilai sesuatu berita bagi mengelak daripada menerima dan kemudian menyebarkan sesuatu berita berunsur fitnah.

Perkara pertama perlu diberi perhatian untuk memastikan kesahihan berita ialah memastikan sumber berita itu, yakni siapakah yang mula menyebarkan berita dan rantaian orang yang membawa berita itu. Umat Islam tentu tidak lupa pada sejarah menyebabkan kematian khalifah ketiga kerajaan Islam di Madinah iaitu Uthman Affan, yang berpunca daripada fitnah disebarkan kumpulan ekstremis agama.

Penyebaran fitnah turut menjadi penyebab kepada peperangan sesama Islam atau perang saudara ketika zaman pemerintahan Saidina Ali dan zaman selepas itu. Fitnah juga meruntuhkan kekuatan Bani Umaiyah malah, sejarah kejatuhan empayar besar kerajaan Melayu Melaka tidak terkecuali kerana fitnah. Ubat bagi penyakit hati ialah dengan memperbanyakkan taubat dan selalu berzikir.

Fikir-fikirkanlah, sebelum menghantar e-mel atau SMS. Jika masyarakat Islam sendiri boleh berperang sesama sendiri kerana fitnah, apatah lagi masyarakat majmuk? Jika benar sekalipun beberapa berita, tetapi jika menyebarnya tanpa konteks ia seolah-olah menyiram minyak di atas bara api.