Showing posts with label Ilmu. Show all posts
Showing posts with label Ilmu. Show all posts
March 23, 2012
Rahsia Iblis
Rahsia Iblis
Seorang sahabat Nabi s.a.w bernama Anas b. Malik telah meriwayatkan satu hadis Nabi s.a.w yg menceritakan mengenai pertanyaan-pertanyaan iblis kepada Allah s.w.t tentang banyak perkara.
1. Iblis bertanya kepada Allah s.w.t: " Ya Tuhanku! Engkau telah memberikan kepada anak Adam itu tempat tinggal, iaitu rumah untuk berzikir kepadaMu. Tunjukkanlah kepadaku tempat kediamanku."
Firman Allah s.w.t yang bermaksud: "Wahai iblis! tempat kediamanmu ialah bilik air(tandas)."
2. Iblis berkata:"Ya Tuhanku! Engkau telah memberikan kepada anak adam itu tempat mereka berkumpul (masjid,surau), dimanakah tempat bagiku berkumpul?."
Firman Allah s.w.t yg bermaksud: "Wahai iblis! tempatmu berkumpul ialah di pasar-pasar, tampat-tempat hiburan ( pusat membelibelah, kelab malam, pesta-pesta, majlis maksiat) dan sebagainya."
3. Iblis berkata lagi:"Ya Tuhanku! Engkau telah memberikan mereka anak Adam itu kitab untuk mereka membacanya. Tunjukkanlah padaku apakah bahan bacaanku?"
Firman Allah s.w.t yang bermaksud:" Wahai Iblis, bahan bacaanmu ialah syair (sajak/lagu/puisi yang melalaikan manusia dari mengingati Tuhan)."
4. Iblis berkata:"Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan mereka cerita-cerita (kata-kata benar), apakah cerita-cerita bagiku?".
Firman Allah s.w.t yang bermaksud: " cerita-cerita bagimu adalah kata-kata dusta ( bohong atau yng berkaitan dengannya)"
5. Iblis bertanya lagi: "Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan azan kepada anak Adam untuk mengajak atau mengumpulkan orang datang bersembahyang berjemaah, apakah azanku untuk mengumpul orang?".
Firman Allah s.w.t yang bermaksud: "wahai iblis, azan untuk mu ialah seruling."
6. Tanya iblis lagi:"Ya Tuhanku! Engkau telah mengutus para utusanmu (para nabi dan rasul) kepada anak Adam, siapakah yang menjadi utusan bagiku?".
Firman Allah s.w.t yang bermaksud:" Wahai iblis para utusanmu ialah terdiri dari dukun (peramal nasib), ataupun yang lebihkurang sama dengannya."
7. Kata iblis:"Ya Tuhanku! Engkau telah berikan kitab bertulis (ayat-ayat Al Quran)kepada anak Adam. Apakah tulisanbagiku?."
Firman Allah s.w.t yang bermaksud:"wahai iblis, tulisanmu adalah tulisan gincu yang palsu dibadan,(seperti gincu,tatu, tahilalat yang diada-adakan dan yang lebih kurang sama dengannya)
8. kata iblis:"Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikankepada anak Adam itu perangkap-perangkap. Apakah perangkap bagiku?."
Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:"wahai iblis, perangkap untukmu ialah wanita-wanita."
9. Kata iblis:"Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan makanan kepada anak-anak Adam (yang disebutkan namaMu), apakah makanan untukku?."
Firman Allah s.w.t yang bermaksud: "wahai iblis, makanan untukmu ialah sesuatu yang tidak disebutnama Allah."
10. Kata iblis:"Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan minuman kepada anak-anak Adam, apakah minuman untukku?"
Firman Allah s.w.t yang bermaksud:" Wahai iblis, minuman untukmu ialah sesuatu yang memabukkan dan yang tidak dimulakan denhan nama Allah."
Dinukilkan oleh Ahmad Fahmi
October 19, 2011
Sifat Bangsa Yahudi Dalam Al Quran

Siapa tidak kenal dengan kezaliman Zionis yang kejam merampas tanah dan membunuh rakyat Palestin dengan sesuka hati mereka. Jika melihat watak Israel demikian, sebenarnya tidak perlu hairan. Ini kerana, Allah SWT melalui wahyunya dalam Al-Quran sudah menggambarkan sifat buruk orang-orang Yahudi yang zalim, membuat kerosakan di muka bumi, dan suka mengobarkan api peperangan dengan bangsa lain, terutama kaum Muslimin.
Dalam Al-Quran sekurang-kurangnya disebut 22 sifat bangsa Yahudi, iaitu:
1. Keras hati dan zalim (Al-Baqarah: 75,91,93,120,145,170; An-Nisa: 160; Al-Maidah: 41)
2. Kebanyakan fasik dan sedikit beriman kepada Allah SWT (Ali Imran: 110; An-Nisa: 55)
3. Musuh yang paling bahaya bagi orang-orang Islam (Al-Maidah: 82)
4. Amat mengetahui kekuatan dan kelemahan orang-orang Islam seperti mereka mengenal anak mereka sendiri (Al-An’am: 20)
5. Mengubah dan memutarbalikkan kebenaran (Al-Baqarah: 75,91,101,140,145,211; Ali Imran: 71,78; An-Nisa: 46; Al-Maidah: 41)
6. Menyembunyikan bukti kebenaran (Al-Baqarah: 76,101,120,146; Ali Imran: 71)
7. Hanya menerima perkara-perkara atau kebenaran yang dapat memenuhi cita rasa atau nafsu mereka (Al-Baqarah: 87,101,120,146; Al-Maidah: 41)
8. Engkar dan tidak boleh menerima keterangan dan kebenaran AlQuran (Al-Baqarah: 91,99; Ali Imran: 70)
9. Memekakkan telinga kepada seruan kebenaran, membisukan diri untuk mengucapkan perkara yang benar, membutakan mata terhadap bukti kebenaran dan tidak menggunakan akal untuk menimbangkan kebenaran (Al-Baqarah: 171)
10. Mencampuradukkan yang benar dan yang salah, yang hak dan yang batil (Ali Imran: 71)
11. Berpura-pura menyokong orang Islam tetapi apabila ada di belakang orang-orang Islam, mereka mengutuk dengan sekeras-kerasnya (Al-Baqarah: 76; Ali Imran: 72,119)
12. Hati meraka sudah tertutup akan Islam kerana dilaknat oleh Allah SWT yang disebabkan oleh kekufuran mereka sendiri (Al-Baqarah: 88,120,145,146)
13. Kuat berpegang pada rasa kebangsaan mereka dan mengatakan bahawa mereka adalah bangsa yang istimewa yang dipilih oleh Tuhan dan menyakini agama yang selain daripada Yahudi adalah salah (Al-Baqarah: 94,111,113,120,135,145; Al-Maidah: 18)
14. Tidak akan ada kebaikan untuk seluruh manusia jika mereka memimpin (An-Nisa: 53)
15. Tidak suka, dengki, iri hati terhadap orang-orang Islam (Al-Baqarah: 90,105,109,120)
16. Mencintai kemewahan dan kehidupan dunia, bersifat tamak dan rakus, menginginkan umur yang panjang dan mengejar kesenangan serta takut akan kematian (Al-Baqarah: 90,95,96,212)
17. Berkata bohong, mengingkari janji dan melampaui batas (Al-Baqarah: 100,246,249 Ali Imran: 183,184; An-Nisa: 46)
18. Berlindung di balik mulut yang manis dan perkataan yang baik (Al-Baqarah: 204,246; Ali Imran: 72; An-Nisa: 46)
19. Mengada-ada perkara-perkara dusta dan suka kepada perkara-perkara dusta (Ali Imran: 24,94,183,184; Al-Maidah: 41)
20. Berlaku sombong dan memandang rendah terhadap orang-orang Islam (Al-Baqarah: 206,212,247)
21. Tidak amanah dan memakan hak orang lain dengan cara yang salah (Ali Imran: 75,76; At-Taubah: 34)
22. Selalu melakukan kerosakan dan menganjurkan peperangan (Ali Imran: 64)
October 13, 2010
Pelajarilah Ilmu.....banyak Kebaikan
PELAJARILAH ILMU, KERANA....- Mempelajarinya kita akan takut kepada ALLAH- Menuntutnya adalah ibadah- Membincangkannya adalah bertasbih- Mencarinya adalah jihad- Mengajarkannya kepada orang yang tidak mengetahui adalah sedekah- Memberikannya kepada ahlinya adalah mendekatkan dirinya kepada ALLAHKERANA ILMULAH..~ Petunjuk daripada ALLAH antara halal & haram~ Menara kepada penghuni syurga~ Teman disaat kesunyian~ Rakan dimasa keseorangan~ Teman berbicara..,diwaktu Khulwa~ Petunjuk kepada yang membawa bahagia & membawa kecelakaan~ Senjata dalam menghadapi musuh~ Perhiasan disaat bersama teman-temanDENGAN MENGUASAI ILMU* ALLAH mengangkat tinggi kedudukan banyak kaum* ALLAH akan jadikan mereka pemimpin yang tegak* Jejak langkah mereka diikuti* Perbuatan mereka dicontohi dan* Pendapat mereka dijadikan pemutusKERANA ILMU..> Menghidupkan hati dari kejahilan> Lampu bagi penglihatan disaat kelamDENGAN ILMU...Hamba dapat mencapai kedudukan orang-orang terpilih yang mempunyai darjat yang tinggididunia & diakhirat
Subscribe to:
Posts (Atom)

