Showing posts with label Ayat Al Quran Dan Zikir. Show all posts
Showing posts with label Ayat Al Quran Dan Zikir. Show all posts

October 24, 2011

Amalan Harian




AMALAN HARIAN
Amalan harian ini diperturunkan daripada guru-guru saya. Amalan ini perlu dilakukan semata-mata kerana Allah. Saudara-saudara yang melakukan amalan harian ini secara berterusan dan ikhlas akan mendapat bahagian kebaikan di dunia dan di akhirat mengikut Anugerah Allah kepada masing-masing. InsyaAllah
1. Bismillah hirohmanirohim 1000 < 2500 kali
2. Alfatihah 100 x
3. Selawat ke Atas Nabi 40 < 100 x
4. Istighfar (Astaghfirullah ha innAllah ha ghafurrurrahim) 40 < 100 x
5. Tasbih (SubhanAllah, walhamdulillah, wallaila ha illAllah Wallhuakbar) 40 < 200 x
6. Lakhaula wala khuwata illa billa hil aliyil azim 100 x
7. Laqad ja akum……sampai .,..azim (dalam Surah at-Taubah) 40 < 100 x
8. Waman yat taqilla……..sampai …qadra.(dalam Surah an-Nisa’ ayat 2-3) 40 < 100 x


Solat:

1. Solat Hajat 2 < 8 rakaat
2. Dhuha 2 < 4 rakaat
3. Rawatib Semua 12 rakaat
4. Tahajjud 2 < 8 rakaat
5. Tasbih 4 rakaat (2 salam)
6. Witir 1 < 3 rakaat


Banyakkan beristighfar
Amalan beristighfar iaitu menyesali kesalahan yang lalu dan meminta ampun kepada Allah adalah sangat sangat digalakkan. Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah , yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.:

“Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)

Amalan Solat Dhuha
Firman Allah dalam hadis qudsi:

“Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

Amalan Solat Tahajud
SATU cara paling berkesan untuk berhubung dengan Allah s.w.t ialah dengan bangun mengerjakan ibadat, khususnya sembahyang Tahajud atau sembahyang di tengah malam. Allah mahu menguji sejauh mana taatnya seseorang makhluk yang mengaku bertuhankan Allah. Dengan kata lain, amalan bangun bertahajud adalah perbuatan amat berat untuk dikerjakan.

Namun, pada kesukaran inilah tersembunyi suatu rahsia Allah yang hanya sedikit sekali diketahui hamba-Nya. Sekalipun sembahyang Tahajud sekadar sunat, tetapi kelebihannya amat besar di sisi Allah dan tinggi nilainya. Firman Allah s.w.t bermaksud:“Dan dari malam, hendaklah engkau bertahajud (tinggalkan tidur untuk sembahyang) semoga Tuhanmu mengangkat kamu pada kedudukan yang terpuji.’ (Surah Al-Israk: Ayat 79) Ayat ini menjelaskan kepada kita betapa pentingnya sembahyang Tahajud. Ia peluang keemasan yang ditawarkan Allah kepada manusia untuk mengukuhkan hubungan mereka dengan Penciptanya. Sesungguhnya segala kesusahan dan kepayahan itu hanya dirasai mereka yang jarang atau tidak pernah melakukannya, namun bagi mereka yang biasa, ia menjadi suatu kenikmatan pula.

Bagi yang dapat menghayatinya, mereka akan berasa satu kerugian besar jika meninggalkan sembahyang Tahajud. Di waktu inilah – iaitu sepertiga malam, pintu langit akan terbuka luas untuk menerima taubat hamba Allah dan Malaikat akan membawa kendi emas untuk mengumpul air mata taubat bagi menyiram api neraka yang sedia menanti mahu membakar tubuh manusia di akhirat nanti. Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: “Allah s.w.t sayang kepada lelaki yang bangun malam kemudian mengerjakan sembahyang dan akan membangunkan isterinya dan kalau isterinya enggan, dipercikkan air di wajahnya. Dan Allah sayangkan perempuan yang bangun malam kemudian mengerjakan sembahyang dan membangunkan suaminya dan jika suaminya enggan, dipercikkan air ke wajahnya.” (Hadis Riwayat: Abu Daud)Sesungguhnya untuk mendapat kasih sayang daripada Allah bukan sesuatu yang mudah. Allah mengasihi orang yang beriman dengan melaksanakan suruhan-Nya dan meninggalkan yang dilarang.Sembahyang Tahajud satu suruhan Allah dan oleh itu Allah menyayangi mereka yang mengerjakan sembahyang ini.Bagi manusia yang benar-benar yakin dan patuh kepada Allah tidak akan keberatan untuk bangun melakukan Tahajud di tengah malam.

Saidina Umar Al-Khattab menyatakan fadilat atau kelebihan sembahyang malam dengan berkata maksudnya: “Sesiapa mengerjakan sembahyang malam (Tahajud) dengan khusyuk nescaya dianugerahkan Allah sembilan perkara, lima di dunia dan empat di akhirat.



Kurniaan di dunia ialah

a. Jauh daripada segala penyakit

b. Lahir kesan takwa pada wajahnya

c. Dikasihi sekalian mukmin dan seluruh manusia

d. Percakapannya mengandungi hikmat

e. Dikurniakan kekuatan dan diberi rezeki dalam agama (halal dan diberkati).
Sementara empat perkara di akhirat ialah:

a. Dibangkitkan dari kubur dengan wajah berseri-seri

b. Dipermudahkan hisab

c. Cepat melalui Sirat al-Mustaqim – seperti kilat

d. Diserahkan suratan amalan pada hari akhirat melalui tangan kanan.
p/s : Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.

October 18, 2011

Keajaiban Angka Dalam Al Quran


Al-Quran memang sebuah kitab suci yang luar biasa, Kitab Suci yang benar dicipta oleh Tuhan yang telah menciptakan alam semesta ini, kebenarannya sudah terbukti dari dulu. Salah satu bukti kebenarannya dari sekian banyak bukti kebenaran, yakni keajaiban nombor yang terdapat di dalam Al-Quran, tidak percaya? Baca sebuah artikel yang ditulis di bawah ini.

Proses awal penyusunan Al-Quran menjadi sebuah kitab dilakukan pada masa Khalifah Usman RA. Ayat-ayat pada lembaran-lembaran kulit, pelepah daun kurma, tulang, batu tipis, dan lain-lain. Kumpulan ayat-ayat ini kemudian dikenali mushaf pertama yang dibukukan. Khalifah Usman dan sahabatnya hanya membuat lima mushaf Al-Quran, tidak lebih. Mengapa hanya lima mushaf?

Iskandar AG Soemabrata dalam buku Pesan-Pesan Numerik Al-Quran terbitan Republika mempunyai alasan tersendiri. Menurut beliau, bilangan 5 diambil kerana Rasulullah menerima wahyu pertama berupa lima ayat di Gua Hira. Alasan kedua, kerana ada lima surah tertentu dalam Al-Quran yang penjumlahan nombor surah menghasilkan jumlah 114, atau jumlah dari seluruh surah dalam Al-Quran. Kelima surah itu adalah Al-Hijr, Az-Zumar, Al Ma’arij, Al Ghaasyiyah, dan Al Maa’uun.

Nama Surah

Nombor Surah

Jumlah Ayat

Nombor Surah ditambah jumlah ayat

Al HijrAz Zumaar

Al Ma’aarij

Al Ghasyiyah

Al Maa’uun

15

39

70

88

107

99

75

44

26

7

15 + 99 = 114

39 + 75 = 114

70 + 44 = 114

88 + 26 = 114

107 + 7 = 114

Berdasarkan kajian yang dilakukannya sejak tahun 1983, sangat banyak ditemui mesej-mesej numerik dalam Al-Quran. Hal ini tidak menghairankannya, kerana dalam Al-Quran surah Al Qomar (54) ayat 49 Allah berfirman, “Sesungguhnya Kami menciptakan segala sesuatu menurut ukuran”.

Angka-angka, kata dia adalah simbolisasi dari ukuran itu. “Ertinya, Al-Quran memang mengajarkan pada kita untuk selalu belajar dan berkembang”, ujarnya. Ia lalu menyebut surat Al-Kahfi (4/10) ayat 25. Dalam surat pertama disebut: Dan mereka telah tinggal tidur dalam gua mereka tiga ratus tahun dan ditambah sembilan tahun lagi. “Mengapa tidak disebut mereka tinggal dalam gua selama 309 tahun? Ertinya Allah mengajarkan kita untuk mengira “, ujarnya.

Pakar tafsir Prof. Dr. Nasaruddin Umar juga mendedahkan, Al-Quran mempunyai kehebatan yang amat luar biasa terutama dalam rumus-rumus angka yang sangat ketat. Nasaruddin mengutip satu kenyataan Roger Berque, pakar Islam asal Perancis. Dalam bukunya De La Qoran, Roger Berque menyatakan Al-Quran ditulis 15 baris perhalaman, maka komposisinya akan sama secara simetri. Kalau di hujung kanan atas tertulis kata Allah, maka di kiri bawah akan tertulis pula kata Allah. “Begitu lah sebaliknya, jika di tengah-tengah halaman itu tertulis sebuah huruf, maka akan muncul huruf yang sama di tengah-tengah halaman selanjutnya”, Ujarnya.

Nazarudin juga mengutip pernyataan Dr. Rashad Khalifa, pakar Islam rakyat Amerika Syarikat keturunan Mesir, kehebatan Al-Quran boleh dilihat dari angka 19. Dia kemudian menulis rumus 19 yang boleh membahagi semua huruf yang ada di Al-Quran. Angka 19 ini, kata Nasaruddin, boleh dilihat dalam surat Al Muzammil yang terdapat ayat yang berbunyi: alaihi tis-’ata asyar ertinya diatasnya ada 19.

“Menurutnya Khalifa, semua huruf Al-Quran itu boleh dibahagi 19. Kata Alif Lam Mim sebagai awal surah Al-Baqarah boleh dibahagi 19. Begitu juga jumlah huruf alif, lam, dan mim yang ada pada surat Al-Baqarah jika dijumlahkan maka boleh dibahagikan 19. Ini benar-benar mukjizat Al-Quran “, tandas Prof Nasaruddin.

Apa di sebalik mesej-mesej numeric Al-Quran itu? Menurut Iskandar, semua itu membuktikan bahawa Al-Quran bukan karangan Muhammad SAW. Al-Quran adalah penuh mukjizat dan merupakan wahyu dari yang maha kuasa.

Selain itu Al Quran juga mengajar umat Muhammad untuk terus berfikir, kerana Al-Quran sendiri sarat dengan ilmu pengetahuan dan teknologi. Beliau menyebut Al-Quran surah Luqman ayat 27: “Dan seandainya pohon-pohon di bumi menjadi pena dan laut menjadi tinta, ditambah kepadanya tujuh laut sesudah keringnya, nescaya tidak akan habis-habisnya dituliskan kalimah Allah. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha bijaksana “.

“Ayat itu adalah cabaran, kita dituntut untuk terus mendedahkan kebesaran Al-Quran”, ujarnya. Disisi lain, kita akan menjadi semakin tunduk dan dekat dengan Allah pencipta alam raya ini.

Surah Al Kausar


Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga.Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa,mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya’allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal,bengkak,sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x,mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5)Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x,Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalim

Ayat 11 Surah Al Anfal

Ini doa penunduk yang sekian lama diamalkan oleh penulis dan penulis pernah memberi pada kawan-kawan yang terdekat. Penulis juga memberi doa ini kepada anak saudara penulis yang selalu berurusan dengan VIP hal kerja dan projek. Beliau selalu membaca dan mengamalkan doa ini sebelum pergi mesyuarat. InsyaAllah setakat ini berjalan lancar.
Doa ini juga sebagai doa penunduk kepada orang atasan yang garang dan tidak bertimbang rasa. Jika diizin Allah SWT , insyaAllah boss yang garang akan hormati kamu. Jika berjumpa seseorang yang kita baru kenal dan orang itu ada niat yang tidak baik insyaAllah, Allah akan pelihara kita dari perbuatannya seperti menggunakan lmu hitam. Dan banyak kafiatnya ayat ini.

BACA BAHAGIAN INI DARI SURAH AL-ANFAL: AYAT 17

Maksud Ayat 17
Maka bukanlah kamu yang membunuh mereka, akan tetapi Allah jualah yang menyebabkan pembunuhan mereka dan bukanlah engkau (wahai Muhammad) yang melempar ketika engkau melempar, akan tetapi Allah jualah yang melempar (untuk membinasakan orang-orang kafir) dan untuk mengurniakan orang-orang yang beriman dengan pengurniaan yang baik (kemenangan) daripadaNya. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
Cara mengamalkan dan menggunakan:

1. Baca selepas solat sebanyak yang boleh sekurangnya 9x. Jadikan zikir sebaiknya.
2. Bacakan doa ini semasa dalam perjalanan untuk sesuatu urusan sebelum mesyuarat/perjumpaan/mengadap orang atasan yang akan kita jumpa nanti.
InsyaAllah, Allah akan sentiasa melindungi kita dan tidak memberi peluang kepada orang lain yang mempunyai niat yang tidak baik seperti memfitnahkan, memarahi,dengki, guna sihir dan perkara-perkara yang tidak baik. Gunakan untuk kebaikan.

10 Surah Mujarab Dari Rasulullah


SURAH AL-FATIHAH

Amalkan membaca Surah Al-Fatihah semasa hendak tidur diikuti dengan membaca Surah Al-Ikhlas 3 kali, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas. Insya’Allah akan aman tenteram dan terjauh daripada gangguan syaitan. Dianjurkan juga membaca surah ini sebanyak 44 kali untuk mengubati sakit mata, perut, gigi dan lain-lainnya dengan izin Allah s.w.t. Untuk mencegah kemarahan Allah, bacalah surah ini sebanyak 17 kali sehari iaitu dengan mengerjakan solat 5 waktu.

SURAH YAASIN

Telah bersabda Rasulullah s.a.w., sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada hati, dan hati Al-Qur’an ialah Surah Yaasin iaitu jantung Al-Qur’an. Sesiapa yang membaca Surah Yaasin, nescaya dituliskan oleh Allah pahala menyamai sepuluh kali membaca Al-Qur’an seluruhnya. (Hadis riwayat At-Tarmizi dari Anas r.a.) Rasulullah s.a.w. juga bersabda : Surah Yaasin dinamakan di dalam kitab Taurat dengan sebutan “At-Mu’ammah” (yang umum), yang mengumumkan pembacanya dengan kebaikan dunia dan akhirat, menanggung segala bala baik dari kesusahan di dunia mahu pun akhirat. Pembaca juga akan dilindungi dari setiap keburukan dan kejahatan serta segala hajat dan kemahuan akan Allah kabulkan. Jika dibaca dalam satu malam semata-mata mengharapkan keredaan Allah, nescaya Allah akan mengampunkan dosanya. (Hadis riwayat Malik, Ibnu-Sunni dan Ibnu Hibban). Surah Yaasin ni juga jika diamalkan, akan terselamatlah kita dari kehausan di hari KIAMAT.

SURAH AD-DHUKHAN

Dibaca sekali pada malam Jumaat agar kita terselamat dari huru hara di Padang Mahsyar.

SURAH AL-WAQI’AH

Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca Surah Al-Waqi’ah pada tiap-tiap malam, insya’Allah tidak akan merasai kepapaan. Mereka yang membacanya sebagai wirid, insya’Allah akan beroleh kesenangan selama-lamanya. Mereka yang membacanya sebanyak 14 kali setiap lepas solat As ar, insya’Allah akan dikurniakan dengan rezeki yang banyak. Selepas solat Isyak, ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqi’ah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Dalam hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga kita. Makna Surah Al-Waqi’ah Ayat 35-38 ialah : “Sesungguhnya, Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya.

SURAH AL-KAUTSAR

Sesiapa yang mengamalkan membaca surah ini sebanyak 1,000 kali, maka Allah s.w.t. akan menghasilkan hajatnya termasuk rezeki dan kenaikan pangkat. Sesiapa yang membaca 1,000 kali juga selepas solat Isyak hingga dia tertidur, insya’Allah dia dapat melihat Rasulullah s.a.w. dalam tidurnya.

SURAH AL-KAFIRUN

Sesiapa yang membaca Surah Al-Khaafiruun, maka bandingannya seperti membaca seperempat Al-Qur’an, disamping terlepas dari syirik, terjauh dari godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa yang mengejutkan (Riwayat At-Tarmizi). Sebelum tidur, bacalah surah ini agar kita mati dalam iman serta membersihkan kotoran dalam diri kita.

SURAH AL-MULK

Sebuah lagi Surah dari Al-Qur’an iaitu Surah Al-Mulk mempunyai fadilat dan faedah yang amat besar bagi sesiapa yang mengamalkan membacanya. Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca akan surah ini, akan mendapat syafaat dan keampunan dosa-dosanya. Mereka yang membacanya pada setiap malam, insya’Allah, akan terselamat dari azab kubur..

SURAH AL-IKHLAS

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada isteri kesayangan baginda, Siti Aisyah, antara mafhumnya : “Wahai Aisyah isteri ku, sebelum kamu tidur, khatamlah dulu Al-Qur’an.” Siti Aisyah lalu berkata, “Wahai suami ku, saya tidak mampu khatam Al-Qur’an sebanyak 30 juzuk itu.” Apabila mendengar kata-kata Siti Aisyah tersebut, Rasulullah s.a.w. sambil tersenyum lalu menjawab, “Barangsiapa yang membaca 3 kali sebelum tidur, seolah-olah ia telah khatam Al-Qur’an keseluruhannya. ” Dari Rasulullah s.a.w.. pernah bersabda kepada Saidina Ali r.a., “Sesiapa hendak pergi musafir, kemudian ketika dia hendak meninggalkan rumahnya, ia membaca surah Al-Ikhlas 11 kali, maka Allah memelihara rumahnya sampai ia kembali. Ibnu Said Al-Khanafi menerangkan : “Surah ini dinamakan Surah Al-Ikhlas, ertinya bersih atau lepas. Maka barang siapa yang membacanya dan mengamalkannya dengan hati yang ikhlas, maka ia akan dilepaskan kesusahan duniawi, dimudahkan di dalam gelombang sakratulmaut, dihindarkan dari kegelapan kubur dan kengerian hari kiamat.”

SURAH AL-FALAQ

Siti Aisyah menerangkan : “Bahawa Rasulullah s.a.w. pada setiap malam apabila hendak tidur, Baginda membaca Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas lalu ditiupkan pada kedua telapak tangan, kemudian disapukan keseluruh tubuh dan kepala. Barang siapa terkena penyakit kerana perbuatan syaitan atau manusia, hendaklah membaca Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 41 kali selama 3 hari, 5 hari atau 7 hari berturut-turut. Barang siapa yang takut akan godaan syaitan dan manusia, takut dalam kegelapan malam atau takut dengan kejahatan manusia, bacalah Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 100 kali.

SURAH AN-NAS

Surah An-Nas adalah surah yang terakhir (ke-114) dalam Al-Qur’an. Nama An-Nas diambil dari kata An-Nas yang berulang kali disebut dalam surah ini yang bermaksud manusia. Surah ini termasuk dalam golongan surah makkiyah. Isi surah ini adalah bagi menganjurkan manusia memohon perlindungan kepada Allah dari godaan syaitan baik yang berasal dari golongan manusia mahu pun jin. Surah An-Nas ini juga adalah penerang hati

Semuga menjadi amalan harian kita untuk membaca surah-surah berikut.