May 21, 2012

Istighfar Rejab



Kita telah dilahirkan di dunia ciptaan Allah yang serba indah ini sebagai hambaNya. Akan tetapi, adakah kita melakukan tugas dan amanah yang telah diberikan oleh Allah S.W.T kepada kita sebagai seorang hamba? Astaghfirullah. Kita perlu sering fikir dan risau tentang ibadah-ibadah dan amalan yang kita lakukan kepada Allah semakin hari semakin berkurangan. Kita telah banyak melakukan dosa-dosa di atas muka bumi ciptaan Allah ini. Tidak kira ianya Dosa Besar ataupun Dosa Kecil. Kita tetap berdosa. Oleh itu, kita perlu sentiasa beristighfar dan bertaubat kepada Allah S.W.T. dengan harapan agar Allah mengampunkan dosa-dosa yang telah kita lakukan selama ini. InsyaAllah.

Dalam Islam, Allah telah memuliakan empat bulan dalam satu tahun. Tiga bulan berdekatan dan satu bulan berasingan. Bulan-bulan yang dimaksudkan itu ialah bulan Muharram, Rejab, Zul Qa'idah, dan bulan Zulhijjah.


Allah telah memberikan kita pelbagai cara untuk kita beristighfar dan bertaubat atas segala kesalahan, kesilapan dan dosa-dosa tidak kira dosa besar mahupun dosa kecil yang telah kita lakukan sepanjang hayat kita di dunia ini. Di dalam bulan Rejab yang mulia ini, terdapat satu Doa Istighfar Bulan Rejab yang boleh kita amalkan untuk bertaubat atas segala kesalah yang telah kita lakukan.



Doa ini sebaik-baiknya dijadikan amalan dalam kehidupan seharian kita atau sekurang-kurangnya sentiasa diamalkan secara Istiqamah di dalam bulan Rejab ini.

Panduan dalam mengamalkan:
- Sebaik-baiknya dijadikan wirid, amalan seharian atau amalan dalam bulan Rejab.
- Amalkan secara Istiqamah dan dengan penuh keikhlasan.
- 'Rabbighfirli warhamni watub'alaiya' yang terdapat di dalam kotak di bahagian atas dibaca sebanyak 70 kali.
- Mulai 'Astaghfirullaha min taksiiri fiima 'alaiya lillah' hingga doa yang bermula dari 'Faghfirli' hendaklah dibaca sebanyak 7 kali.
- Kemudian, teruskan dengan doa yang terdapat dalam petak di bawah sekali keratan gambar di atas.

Semoga doa ini dapat diamalkan oleh para pembaca sekalian seterusnya disebarkan kepada mereka yang tidak tahu mengenai doa ini. InsyaAllah.

Dipetik dari:
http://islamwaysite.blogspot.com/2010/06/doa-istighfar-bulan-rejab.html



No comments: